Kiub Ais KFC China Kotor Dari Tandas?! Biar betul?!


Satu ujian yang dijalankan ke atas kiub ais yang digunakan di restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) di China menunjukkan ia mengandungi lebih banyak bakteria dari AIR TANDAS!!!

Beberapa wartawan dari stesen Televisyen Pusat China (CCTV) mengambil contoh beberapa kuib ais dari KFC, McDonald’s dan sebuah restoran makanan segera China iaitu Kung Fu di kawasan Chongwenmen di Beijing.
Hasilnya, kiub ais di KFC adalah yang paling teruk. Ia mengandungi 12 kali ganda lebih banyak bakteria dari air tandas.
Bagi restoran Kung Fu, kiub ais mereka ialah lima kali lebih bakteria dari air tandas.
Kiub ais di McDonald’s adalah lebih baik, jauh dari paras sama dengan air tandas tetapi kandungan bakterianya masih jauh melepasi paras yang dibenarkan oleh negara China.
Penemuan itu menyebabkan orang ramai ketakutan sehingga ada yang meninggalkan terus memakan KFC.
Bagaimanapun, petugas KFC berkata pendedahan itu tidak memberi kesan besar kepada jualan mereka tetapi mereka tetap membuat permohonan maaf serta menyatakan penemuan itu merupakan kes terpencil.
“Kita memantau dengan rapi kualiti air dan ais yang digunakan. Kami sedang menyiasat laporan satu kes terpencil di satu sahaja restoran untuk memastikan kita mengikut piawaian yang ditetapkan,” kata jurucakap syarikat jenama Yum!.
Syarikat beribu pejabat di Amerika Syarikat itu memiliki, KFC, Pizza Hut dan Taco Bell di China.
Sebelum ini, syarikat itu sudah pun mengumumkan untuk membuka 700 restoran KFC di China tahun ini.
Sementara itu, dua lagi restoran Kung Fu dan McDonald’s sudah berjanji akan mengatasi masalah itu dan memperbaiki kualiti makanan dan perkhidmatan.
Para pakar menyifatkan kejadian itu berlaku berpunca dari mesin ais yang kotor dan tidak disteril kerana kekurangan pekerja.
Menurut mereka, kegagalan mengekalkan kebersihan akan menyebabkan penyakit cirit-birit dalam kalangan pelanggan ekoran kandungan bakteria yang tinggi.

0 comments: