Misha Omar Lambat Kahwin Bukan Kerana Tunggu Surat Cerai


Jika anda pengikut tegar perkembangan dunia hiburan Malaysia, pastinya ada pernah terdengar gosip yang menyatakan Misha Omar pernah berkahwin. Kalau tak silap Kami, si “suami” Misha Omar adalah seorang ahli perniagaan Kelantan. Malah ada gosip yang menyatakan kelewatan perkahwinan Misha dengan Firos adalah kerana sedang menunggu surat cerai daripada si “suami” itu.

Menurut Misha Omar, dia mengenali lelaki yang membuat dan menyebarkan tuduhan tersebut. Kata Misha:-

    Saya tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki sekalipun. Jika benar saya pernah berkahwin tunjukkan buktinya dan anda boleh merujuk nama saya di mana-mana Pejabat Agama. Saya sangat kecewa kerana betapa saya menjaga nama baik saya selama ini, ia dicalarkan dengan tuduhan berkenaan. Saya tahu siapa yang bercakap tentang hal ini dan dia sering mencari kesilapan dan perkara negatif tentang saya. Saya harap lelaki itu tampil jika benar saya pernah berkahwin


Siapakah gerangan lelaki yang membuat tuduhan sebegini terhadap Misha Omar? Adakah lelaki itu kecewa kerana Misha menolak cintanya? Kalau lelaki itu betul-betul ada bukti, tampilkanlah surat bukti Misha pernah berkahwin. Setakat cakap kosong, semua orang pun boleh buat. Tak gitu?

0 comments: